Monday, September 29, 2014

Berat sekali

terasa berat sekali apabila bersama orang yang kita sayang, mengajak memanggil pulang mereka berserah kepada Raja segala Penguasa dalam waktu - waktu yang sukar yang lagi berat apabila satu demi satu mulai putus harap dan tinggallah kau dengan kepercayaan yang masih membulat; betapa Allah uji untuk menambah iman yang cuma secebis Allah tidak zalim. Bahkan tidak pernah zalim. Tapi yang paling selalu kita (manusia) lah yang menzalimi diri kita. 3:117 beza sungguh; pada rasa, juga pada ruh. Bila kita duduknya di zon orang yang sayang kita dengan orang - orang yang faham soalnya sampai bila mereka sekadar sayang dan tidak pula kita bekerja menjadikan mereka faham? lalu air mata pun mulai diseka; tak biar mengalir deras lagi kerana dunia Allahul musta'an.

No comments:

Post a Comment