做最好的自己
"Trying to be the best version of me"
Monday, September 29, 2014
Berat sekali
terasa berat sekali apabila bersama orang yang kita sayang, mengajak memanggil pulang mereka berserah kepada Raja segala Penguasa dalam waktu - waktu yang sukar
yang lagi berat apabila satu demi satu mulai putus harap dan tinggallah kau dengan kepercayaan yang masih membulat; betapa Allah uji untuk menambah iman yang cuma secebis
Allah tidak zalim. Bahkan tidak pernah zalim. Tapi yang paling selalu kita (manusia) lah yang menzalimi diri kita.
3:117
beza sungguh; pada rasa, juga pada ruh. Bila kita duduknya di zon orang yang sayang kita dengan orang - orang yang faham
soalnya sampai bila mereka sekadar sayang dan tidak pula kita bekerja menjadikan mereka faham?
lalu air mata pun mulai diseka; tak biar mengalir deras lagi kerana dunia
Allahul musta'an.
Untuk Cinta Ini, Segala Puji Bagi Pemilik Cinta
"Kecintaan kita kepada sesuatu menjadikan kita bangsa manusia bahagia"
Kata para warak dan alim ulama'.
Kecintaan kita kepada Allah akan menyebabkan hati kita tenang dan terang dengan cahaya hidayah Allah.
Tetapi siapalah kita untuk menafikan fitrah mencintai makhluk?
-,-"
Ditanya aku seorang teman bagaimana mengurus hati membawa kepada kecintaan kepada Ilahi secara total? Dan akhirnya secara total, melupakan terus soal ajnabi dalam hati.
Fuhh. Masha Allah ayat.
Lepas tiga tahun nanti, harus aku segan sendiri bila helai - helai di sini aku selak semula. Haah, persetankan. Aku menulis untuk ingatan dan memori sendiri; agar aku tahu bagaimana agaknya perjalanan aku menjadi dewasa.
Dikisahkan.
*macam mana nak cerita? (Luls)
Dua orang yang saling mencintai tetapi masing - masing mengunci perasaan sendiri dalam hati dan akhirnya bersatu dengan ikatan yang paling suci. Macam cerita dalam movie. Semudah itu mereka mengagungkan cinta mereka. Mungkin lah mungkin kepercayaan (baca: iman) terhadap "sedangkan masih bernafas aku esok hari pun tiada jaminan, bagaimana boleh aku jamin kita akan bersatu?"
78:8
"And we create you in pairs"
Perghhh.
Dan akhirnya mereka bersatu!
Haza min fadzli rabbi. :')
Persoalannya mudah sekali.
Bagaimana mungkin semua ini terjadi kalau kita sendiri masih bermalas - malasan sendiri? Kemudian, ada hati untuk menyimpan hati kepada siapa - siapa yang kita rasa paling sesuai dalam memaknai diri?
Kata sorang member.
"Kalau kau nak tahu layak atau tidak untuk kau berkahwin sekarang, apa kau sanggup untuk menikahi seseorang yang wataknya, sikapnya, akhlaknya seperti kau?"
Dan sanggupkah kau?
Sekian.
Muhasabah mutabaah amal sendiri.
30092014
Kelas 120
BEIJING FOREIGN STUDIES UNIVERSITY
Saturday, September 27, 2014
Semanis Gula: Dari Beiwai ke Beiyu
Kita tak pernah tahu apa yang akan berlaku.
Macam kita rancang nak tuju satu tempat yang memang kita dah tahu :)
Cerita dia macam ni.
Hari ni 27hb September acah - acah nak gerak bawak member gi Malaysian Festival dekat Fuxingmen. Member gerak dari Beiyu (Beijing Language Cultural University) kira - kira dalam 30-40 minit naik moto lah. Kitorang dah janji elok - elok. Plan semua. Cakap datang pagi.
Aku namakan member Beiyu tu sebagai Ukhti M dan Ukhti N. Janji datang pukul 8 pagi. Konon nak masak nasi lemak semua. Tunggu punya tunggu, pukul 11 baru sampai dan aku tak masak pun. Dapur hari ni 'jammed'. Akhowat senior pakai untuk masak - masak daurah. Jadi macam biasa, akhowat habis masak je dorang sampai dan tanya aku "mana nasik lemak?"
Haha.
Baru nak mula masak lepastu dan jadilah makan tengah hari 'nasi lemak sarapan'. Tengah sedap makan, member (kita bagi nama Ukhti A) cakap takde orang nak teman pergi usrah as usrahmates beliau semua kononnya dah gerak awal. Dah beliau cakap macamtu. Aku pun offer lah nak teman hantar beliau naik moto. *padahal bukan kenal jalan sangat pun -,-"
Perangai cantik sangat kan.
Sampai je Beiyu, usrahmates Alya (kan dah tersebut nama) sorang pun takde yang datang. Ada tuan bilik usrah dengan Alya. Sambil tunggu sambil Alya cakap. Aku bawak buah tangan dari Beiwai. Ok. Alya cakap aku ni buah tangan untuk usrahmates beliau. Senyap jap. *terharu
Sementara Alya usrah aku pun lepak bilik Ukhti N sambil buat assignment (geli plak panggil assignment padahal homework je pun). Lepak sampai lepas Asar sambil muayasyah ah dengan member Beiyu. Jarang jumpa kan. Sempat jugak lah kan caj bateri moto.
Masa nak balik lepas Ukhti A habis Usrah. Beliau cakap, "balik dulu, aku nak join usrahmates naik bas". Aku pun ok padahal cuak kot sebab memang ada masalah dengan kenal jalan :3
Ditakdirkan Allah memang balik tu aku sesat. Sampai je kat Renmin Daxue (daxue: university) tak tahu dah nak ambil jalan mana. Tahan teksi dan mintak pakcik tu tunjukkan arah. Aku cakap aku bayar harga tambang. Pakcik tu setuju dan aku pun 'follow' ah dari belakang. Bawak moto sambil berdiri kot. Sebab risau pakcik tu tak nampak mana aku. Ok part ni dah cuak. Sebab bateri dah nak mati - mati. Dan maghrib dah nak habis waktu.
Pastu tetibe pakcik teksi yang aku 'follow' tu berhenti. Ok 'part' ni 'best'. Pakcik tu patah balik universiti member aku. Perghhh. Bateri pun dah habis. Berhenti tepi jalan dan solat dulu. Lepas solat dan pakcik tadi dah lama blah. Aku tahan teksi lain. Moto Alya aku kunci. Bateri pun aku cabut. Hmmm. Benda dah agak. Sejujurnya, aku memang suka benda yang 'thrill' macam ni.
Huhu.
Sampai je Beiwai (Beijing Foreign Studies University) aku tuju bilik Ukhti Another A. Puisi beliau berlambak (ada dua je sebenarnya) dalam blog ni. Cerita semua dan seperti boleh dijangka. Beliau punya respons. Beliau macam dah penat dengam 'story thrill' aku. Beliau kalau sebelum ni dengan cerita kad bank acc scholarship aku hilang dan ni cerita 'thrill' yang seterusnya. Kena marah pun aku cerita gak. Perangai! Hmm, beliau kata kalau beliau kat tempat Alya beliau mengamuk kot.
Biarkan.
Aku lepak bilik beliau sambil tunggu Alya. Alya balik dan cakap "aku tak marah dan tak rasa pun nak marah". Well, baik kan Alya? Untung lah ada member yang 'supportive'. Alhamdulillah. Hmm, Kak Eman (opss tersebut nama) pun 'supportive' tapi stail lain ah. Huhu. Kiranya rasa bertuah jadi diri sendiri. Segala puji bagi Allah untuk nikmat - nikmat yang macam ni.
Alya cakap:
"Ko tahu kenapa aku tak marah? Tadi dalam usrah aku belajar لا تغضب (jangan marah) dan ini lah praktikalnya. Daripada aku marah aku rasa lebih baik aku risaukan kau sampai Beiwai ke tak." Bla bla bla
Hmmm.
Aku pun takde lah baik mana, tapi kadang - kadang aku pelik dengan orang yang marah.
Dengan marah apakah kita dapat u-turn benda yang jadi?
Dengan marah kita dapat ke ketenangan dalam diri? Dapat kebencian bertambah - tambah tak henti ada lah.
Dengan marah kita akan memenangkan nafsu dan ego.
Sebaliknya dengan sabar dan memaafkan kita akan dapat membina kejernihan dan menguat erat tali ikatan dalam sebuah hubungan (baca: ukhuwwah)
Terima kasih Allah atas nikmat persahabatan dan sokongan dari para makhlukMu yang telah Kau berikan kepadaku yanh hina ini.
Untuk semuanya.
Moga Allah Taala redha.
270914
BFSU
Kamar 328
Thursday, September 25, 2014
Gerabak Kita Tak Sama Tapi Kita Cool Macam Biasa :)
Sumber: tumblr kisahdarisyurga
Disklaimer: Penulis asal ni member rapat aku jugak, so tak rasa bersalah pun ambil idea n hasil penulisan dia letak sini sebab mana ada copyright kan untuk ilmu di sisi Allah.
Senyum
Disklaimer: Penulis asal ni member rapat aku jugak, so tak rasa bersalah pun ambil idea n hasil penulisan dia letak sini sebab mana ada copyright kan untuk ilmu di sisi Allah.
Senyum
Tarbawi : Debab itu tak comel okay.
"Sher kita gerabak sama kan?"
"Eh saya jarang naik kereta api."
..
Sebab kita lebih suka tarik orang masuk masuk jemaah dari masuk Islam, kadang kadang buat meluat dengan sesetengah orang yang berperangai diskriminasi jemaah.
Bila tak nak join jemaah dia,terus tinggal budak tu. Kesian budak tu yang tak bersedia nak join jemaah,tapi nak usrah.
Aku cerita atas pengalaman aku sendiri dan kawan kawan aku yang serabut nak ‘ditarik’ akak akak.
Sampaikan kawan aku ngadu
"orang yang join jemaah memang ceni eh?"
"Ceni cam na?"
"Kalau kita tak nak join dia,dia tinggal kita. Dia dah tak rapat dengan kita.
Dah takde lagi cekelat,sticky note dan belanja makan kedai.”
"Kalau dia teruskan.kau nak join dia tak?"
"Hm. Tu pun sebab terhutang budi la kot."
Silalah mengerti,kapal yang terlalu ramai penghuni yang tak berkerja makan tido makan tido then buang air akan membuatkan kapal tu karam dek penumpang yang dah debab dan perut buncit.
Tak ramai yang berkerja. Malah,duk senang lenang goyang kaki. Sebab dah rasa nikmat iman dan islam tu kaaannnn?
..
Dah dah la tu. Aku dah serabut dengar aduan pasai tarik menarik ni. Ni tak masuk lagi aduan pasai dakwah gula gula akhi ukhti tulang rusuk kiri.
Silalah faham.
Banyak lagi perkara besar perlu diperbesarkan.
Kalau siapa siapa rasa dia cam daie tapi dia goyang kaki,mohon like page KHK.
Kat sana lagi ramai akhi dan ukhti sejati.
Sekian,
Ukhti gerabak lokomotif. (Macam advanced)
Trauma Lepasan Kolej Islam Sultan Alam Shah Terhadap Institusi Usrah
TRAUMA LEPASAN KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH TERHADAP INSTITUSI USRAH.
"Kolej ini menjadi sebagai satu benih yang akan menghasilkan buah di masa hadapan untuk bangsa Islam di negeri ini dan seterusnya keamanan dunia seluruhnya.
•Di kolej inilah terletak tinggi rendahnya, baik buruknya, mundur majunya agama Islam kita (di Tanah Melayu) yang suci ini"
Petikan daripada kata-kata Prof Zulkifli Muhammad, salah seorang yang terlibat menubuhkan Kolej Islam pada tahun 1955
Bismillah.
Sekali lagi.
Artikel yang sesuai dibaca oleh alumni Kolej Islam generasi pasca SBT (sekolah berprestasi tinggi). Saya tidak bertanggungjawab atas segala percanggahan pendapat antara saya dan anda, atau sebarang keadaan yang bercanggahan dengan situasi.
Rentetan daripada catatan saya yang lepas berkaitan KECENDERUNGAN ALUMNI KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH UNTUK TIDAK BERADA DALAM JEMAAH (rujuk notes yang sebelumnya), saya mendapat banyak respons yang boleh tahan baik untuk menjawab persoalan-persoalan kenapa wujudnya golongan yang ragu-ragu untuk berada di dalam jemaah.
Maka segala puji dari Jalla wa A'la, yang memberikan kekuatan dan ilham untuk menzahirkan sebab-sebab keraguan mereka terhadap institusi usrah lalu tercetuslah tajuk yang boleh tahan kontroversi kali ini.
ISU SEMASA MENJADI MOMOK UTAMA
Hari ini, kita tidak dapat lari daripada hakikat berbagai-bagai isu menjadi momok yang menghantui kita. Dari isu Syiah, Global Ikhwan (dahulunya dikenali sebagai al-Arqam), Wahhabi, Salafi, Jabbariyah dan Mu'tazilah (saya kira ajaran ini sudah pupus tetapi pemikiran seperti mereka ini semakin bertapak dalam kalangan mahasiswa) bahkan atheist berlegar-legar menjadi topik yang selalu hangat dibincangkan di mana-mana.
Sebut sahaja negeri Perlis, apa nanti muncul dalam bayangan minda? UIA Gombak? Cukuplah dua contoh yang pasti saya kira apabila disebutkan, anda tahu apa perkataan yang menggandingkan mereka.
KESAN DIMOMOKKAN
Oh ya, apabila isu semasa seperti ini terlampau dimomokkan hingga sebati dalam pemikiran mahasiswa hari ini terutama mahasiswa dalam negara, mereka terlampau berhati-hati dalam berusrah. Sehingga saya sendiri diceritakan bagaimana gerakan usrah dari mereka yang beraqidah Syiah juga cuba mengambil tempat menarik mahasiswa untuk menyertai mereka. Saya sedar penulisan saya untuk kali ini turut dibaca oleh anda yang beraqidah Syiah berdasarkan 'friends' saya di sini. Mungkin ini isu yang sensitif tetapi untuk artikel kali ini bukan persoalan Syiah atau Sunnah. Tetapi berfokis kepada tajuk saya.
Keadaan seperti ini akhirnya menyebabkan gejala terlampau berhati-hati (atas sebab menjaga kemurnian aqidah) hingga mahasiswa terus mengambil keputusan untuk tidak lagi berusrah. Dan menumpukan sepenuh perhatian kepada pembelajaran. Lalu, terhasil lah mahasiswa yang rutinnya; kuliyah, tutorial, studi, kuiz, final, grad.
Allahu.
Kerana tujuan penciptaan seorang manusia lebih daripada untuk mendapat pekerjaan, maka rutin ini harus dikaji semula.
DI MANA SILAPNYA?
Saya sendiri ditanya apakah badan-badan NGO yang ada di Malaysia yang boleh mahasiswa lepasan Kolej Islam sertai. Syukur sungguh kerana sudah ramai kembali terdetik untuk menyertai gerabak dakwah dan tarbiyah. Saya menyenaraikan banyak persatuan-persatuan yang saya tahu dan boleh mereka sertai seperti Persatuan Mahasiswa Islam, Persatuan Pelajar Islam Selangor, HALUANSiswa, IKRAMSiswa, PEMBINA, Rakan Masjid dsbgainya. Pendirian saya dalam persoalan-persoalan persatuan (jemaah) mana yang lebih baik, perbezaan jemaah dan sebagainya tidak dapat saya jawab atau ulas disebabkan kesemua persatuan (jemaah) yang saya senaraikan sememangnya mempunya matlamat yang sama tetapi uslub (cara) yang berbeza. Saya bimbang sekiranya ulasan diberi dari pihak saya akan menyebabkan perlaku ketidakadilan memberi pendapat.
Baiklah.
Di mana salahnya atau silap apabila ada sahabat dan graduan lepasan kolej islam yang mengakui tidak langsung tahu menahu mengenai kewujudan jemaah ataupun keperluan berada dalam jemaah.
(balik-balik isu jemaah -_-)
Kata mereka, sistem tarbiyah dan biah solihah semasa di Kolej Islam tidak pernah menyebut atau menyatakan persoalan seperti ini. Errr. Speechless sekejap. *dalam silibus usrah tidaklah dinyatakan secara jahar (jelas) perihal keperluan ini mungkin. Pasti ada sebab perkara sebegini berlaku dan saya sedikit demi sedikit telah hadam sebabnya.
FENOMENA
Syiah dengan gerakan mengusrahkan kader-kader mereka yang baru, Global Ikhwan juga begitu. Rancak sekali! Ditanya oleh seorang mahasiswa bagaimana untuk menarik atau membantu sahabat seuniversiti yang terjebak dalam usrah sebegini? Maka, tertarik saya pada komen di artikel (notes) saya yang terdahulu: "Lepasan Kolej Islam lah yang perlu menjadi murabbi membimbing kawan-kawan". Nah! Dihempapkan dengan tanggungjawab menjadi murabbi. Bagaimana pembawaan karektor kita? Qudwah Hasanah kita? Method dakwah fardhiyyah kita? Sudahkan dihadam kesemuanya. Dan bagaimana mungkin kita menjadi murobbi jika kita tidak lagi berada dalam sistem usrah yang sistematik (Ayat ni, sejujurnya ayat nak ajak menyertai persatuan yang sahih aqidah insha allah) ??
Mari kita renung semula ayat yang dahulunya mungkin biasa jadi hujah kepada pimpinan BADAR.
ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
MERAIKAN KEPELBAGAIAN
Secara mudah, trauma terhadap institusi usrah mungkin disebabkan banyak isu semasa yang menjauhkan golongan marhaen daripada mendekati dan memahami perjalanan dakwah dan tarbiyah. Mungkin juga, sifat ahli di antara jemaah-jemaah sendiri yang seakan assobiyah sesama sendiri menyebabkan golongan marhaen hilang tsiqah terhadap usaha dakwah dan tarbiyah yang dibawa oleh jemaah itu sendiri.
Terbaru, isu Negaraku satu gagasan yang dibawa untuk sebuah perpaduan yang berkekalan juga menjadi isu hangat antara jemaah. Sepatutnya yang berlaku pada hemah saya yang marhaen ini, perbincangan dan persefahaman harus dicapai untuk mendapatkan kata sepakat dalam isu ini. Bukanlah menyalahkan di dalam laman rasmi.
PENUTUP.
Isu ini tidak akan lapuk dek panas, takkan lekang dek hujan. Saban tahun kolej islam menghasilkan lepasan-lepasannya yang perlu dipersiapkan dengan tsaqafah sebegini dan pastinya untuk penulisan saya yang kali ini, saya berfokus kepada mahasiswa dalam negara.
Untuk permintaan buah fikir saya mengenai isu taadud jemaah, saya kira isu ini akan dihuraikan dalam edisi-edisi yang mendatang setelah saya benar-benar menghadam dan memahami atas dasar dan sebab apa saya menghuraikannya insha allah.
Untuk kali ini dan selama-lamanya.
Moga Allah redha.
Allahumma bariklanaaa wa sallimnaa fi Ramadan wa ballighnaa lailatul qadr.
Fatin Fatini binti Ismadi
19 Ramadan 1434H
Alumni Kolej Islam Sultan Alam Shah
SPM 2012
Kecenderungan Alumni Kolej Islam Sultan Alam Shah Untuk Tidak Berada Dalam Jemaah
KECENDERUNGAN ALUMNI KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH UNTUK TIDAK BERADA DALAM JEMAAH
"KISAS bukan syurga.
Penghuninya bukan malaikat"
*Artikel yang sesuai dibaca oleh alumni Kolej Islam generasi pasca SBT (sekolah berprestasi tinggi). Saya tidak bertanggungjawab atas segala percanggahan pendapat antara saya dan anda, atau sebarang keadaan yang bercanggahan dengan situasi.
Hasil penulisan saya adalah daripada penerhatian menjangkaui mahasiswa banyak negara baik Eropah, Timur, Timur Tengah ataupun dalam negara. Saya juga tidaklah seberapa arif mengenai kepelbagaian jemaah yang ada melainkan dengan hasil pembacaan saya, pergaulan dengan sahabat-sahabat dari pelbagai latar belakang jemaah selain pernah acah-acah merasa dengan kepelbagaian usrah dari banyak jemaah sebelum saya benar-benar yakin untuk berada di dalam jemaah yang sekarang ini.
Bismillah.
STAIL TARBIYAH KOLEJ ISLAM
Rata-rata masyarakat maklum corak tarbiyah yang ada pada Kolej Islam mampu menjadi agen perubahan kepada pelajar Kolej Islam itu sendiri. Kami mulai kenal makna tarbiyah itu sendiri sedari awal hari pertama pendaftaran. Pandangan dan pergaulan terjaga antara lelaki dan perempuan. Amalan menyebarkan salam di mana-mana. Menghormati para guru persis ibu bapa. Budaya al-Quran tak kira masa. Alunan selawat memuji memuja Nabi SAW juga sentiasa ada setiap kali pengetusi majlis menjemput sesiapa muncul di pentas. Bahkan, budaya sunnah berpuasa bukan lagi ajaib di mana-mana! Hingga jika ada pelawat yang berkunjung tiba, mereka terpesona dengan tarbiyah dan biah solihah yang ada. Saya berana mengatakan budaya kapel di kolej islam hampir tiada pada zaman saya era SBT. Kalau ada, itu kes terpencil gamaknya.
DI MANA SILAPNYA?
Saya jadi tertanya-tanya untuk banyak perkara pada zaman saya seolah-olah ada tempang pada sistem tarbiyah. Maaf ya. Jujurnya, organisasi Badan Dakwah dan Rohani dan Lembaga Ketua Pelajar dan badan-badan besar yang lain seakan-akan ada jurang. Hingga exco badar adakalanya nampak 'mulia' untuk banyak benda berbanding pelajar biasa. Hingga budaya nampak 'mulia' ni menyebabkan para ahli badar biasa terasa jurang untuk bergaul dengan mereka. Exco badar dengan kelompok mereka. Tapi saya tidak menafikan pula betapa exco badar menjadi penggerak program pentarbiyahan pelajar secara keseluruhannya. Berapa banyak masa yang mereka habiskan untuk menjayakan dan mendokong program dakwah dan tarbiyah. Budaya 'bash' pelajar junior yang dilihat bermasalah dalam tarbiyah juga pada saya sangatlah tidak wajar. Ini kelompongan yang ada sehingga menyebabkan pelajar biasa yang 'agak bermasalah' berasa trauma kepada tarbiyah dan dakwah. Perlu diperhatikan era sbt (sekolah berprestasi tinggi) ini, pelajar kemasukan tingkatan empat bukan semuanya dari latar belakang sekolah agama. Ada, bahkan ramai yang datangnya dari sekolah harian yang menawarkan kelas aliran agama yang membolehkan mereka mengambil subjek tambahan bahasan arab semasa PMR.
Selesai melihat suasana ketika di sekolah.
Seusai tamat pengajian di Kolej Islam, yang menggusarkan, ramai antara figura-figura tarbiyah dan dakwah semasa di sekolah mengubah haluan mereka, cara fikir, pembawaan identiti semasa di institusi pengajian tinggi. Saya akan mengulas perkara ini sebentar lagi seusai mengupas silibus usrah di kolej islam.
MENARIK PADA SILIBUS USRAH
Usrah merupakan perkara terpenting dalam pemeliharaan tarbiyah, dakwah dan biah solihah di Kolej Islam. Menariknya silibus usrah di Kolej Islam adalah apabila silibusnya adalah berdasarkan daripada naskhah 'Mengapa Aku Menganut Islam' karangan Dr Fathi Yakan. Sebelum usrah daripada para nuqaba' kepada anak-anak usrah, para asatizah terlebih dahulu menyemak pemahaman nuqaba'. Nuqaba' sendiri membentuk jawatankuasa yang dinamakan Tanzim Jabatan Nuqaba' yang setiap satunya berperanan untuk membina fikrah, membantu memahamkan para junior dan pelajar perihal masalah fiqh, jabatan yang bertanggungjawab mengadakan riadhah berkala. Semuanya tersusun dari kalangan nuqaba' itu sendiri. Perlu diingatkan nuqaba' sebelum dilantik, perlu mengambil ujian bertulis, ujian hafazan dan sedikit temu duga ringkas. Pastinya, tidak semua nuqaba' terdiri daripada exco badar. Para nuqaba' secara berkala akan diadakan untuk mereka Simposium Pengenalan Nuqaba', Program Daie Muda, Program Imam Muda atau dalam kata ringkasnya 'daurah' atau 'tamrin'.
Cara pembawaan usrah adalah santai dan terpulang kepada nuqaba' itu sendiri. Saya terpaksa mengakui betapa silibus usrah di kolej islam persis banyak silibus usrah dari banyak jemaah yang pernah saya 'acah-acah' menyertainya sebelum seperti saya katakan, sebelum komited kepada satu jemaah. Dari pengenalan isu ISK, Ghazwatul Fikr, Taadud Jemaah, Syahadatul Haq, Haraki sebenarnya kesemuanya sudahpun dipelajari dalam silibus usrah Kolej Islam, cumanya mungkin pada Ghazwatul Fikr itu tidaklah ditekankan perkataan GF itu sendiri. Tapi, kami belajar dan mengkaji segala ideologi masa kini. Dan pendedahan ideologi ini di bawah Tanzim Jabatan Nuqaba' biro Fikriyah (yang bertanggungjawab mencorak fikrah)
ALAM UNIVERSITI
Pengakuan dari sahabat rapat saya ketika saya bertanyakan isu usrah di universiti, beliau mengakui silibus usrah universiti.
"Membosankan. Lantaran kesemua pengenalan usrah universiti dah pun dihadam masa kat kolej islam"
Lantas, beliau mengambil keputusan untuk tidak komited menyertai usrah atas alasan sudah tahu.
Belum dicampur dengan cerita sahabat saya yang lainnya mengatakan jemaah - jemaah di tempat beliau agak selektif memilih ahli. Katanya.
"Kitorang yang rock, bergaya up-to-date semua ni mana layak join dorang. Belum lagi acah-acah nak sir (rahsia) pergi usrah, padahal sekampus tahu"
Saya tidak tahu di mana salahnya dan siapa yang bersalah dalam situasi sebegini tetapi ini dilihat sebagai punci lepasan kolej islam menjauhi jemaah.
Ada juga sahabat saya yang mengatakan sebegini.
"Aku boleh nak join usrah. Tapi jangan paksa aku pergi daurah"
Mungkin pemikiran sebegini adalah hasil lompong dan lompang fikrah yang belum terbina dengan asa fahaman dnt (dakwah dan tarbiyah) yakni manhaj tarbiyah yang belum kukuh. Manhaj tarbiyah juga terbina daripada usrah, daurah, mukhayyam, tamrin, rehlah, jaulah.
Dan yang paling menyedihkan.
"Malas arh nak join usrah, jemaah bagai. Penat dah jadi baik. I should have my own life in the university"
Yang ni, sebaik terdengar ungkapan sebegini, hampir-hampir jatuh kerusi. Istighfar panjang.
SIMPTOM PENYAKIT ALERGIK USRAH dan JEMAAH
Penyakit ini sebenarnya bukan sahaja dari kalangan pelajar biasa-biasa sebenarnya. Jika dilihat secara kasar, para exci badar, pimpinan sekolah juga tidak terlepas dari virus sebegini. Belum dicampur dengan keengganan sebahagian daripada mereka untuk menyertai apa-apa usrah beralasankan "Mencari Tuhan lebih baik secara bersendirian jika itu membuatkan lebih dekat dengan Tuhan"
Yang ni serius tak paham apa yang cuba golongan ini sampaikan kalau kata mereka.
"Baik jadi orang normal yang faham agama. Tak perlu join apa - apa jemaah"
TUNTUTAN BERADA DALAM JEMAAH
Di Malaysia sendiri kita punya banyak jemaah dengan matlamat sama dan uslub berbeza. Sedangkan Ikhwanul Muslimin sendiri mengakui mereka adalah jemaah daripada jemaah-jemaah Islam . Menuju ustaziatul alam memerlukan kita membetulkan fardul muslim hingga akhirnya menggapai tangga Ustaziatul Alam. Bukan menjadi satu persoalan atau pertembungan sekiranya saya menyertai jemaah A dan anda menyertai jemaah B. Sepatutnya tidak timbul isu ahli jemaah A tidak bertegur sapa dengan ahli jemaah B. Itu bukan daripada ajaran dan sifat Islam yang syumul.
Firman Allah Taala.
وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُولَٰئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
DAN NAK HABIS :)
Sayugianya, kecenderungan lepasan kolej islam untuk tidak lagi bersama usrah yang bersistem setelah meninggalkan kolej islam besar kemungkinan disebabkan trauma-trauma yang pernah terjadi daripada banyak kejadian yang bertopengkan tarbiyah semasa di Kolej Islam. Di situ, tak perlu disalahkan siapa-siapa tetapi pada saya, keberadaan dalam sistem usrah yang sistematik (jemaah) menyebabkan usaha anda mencari redha Allah dan mendekatkan diri kepadaNya lebih berstrategi kerana anda telah pun sedari awal memilih untuk berada dalam usrah yang sistematik.
Mungkin (mungkinlah mungkin). Doanya ada yang terjentik jiwa; ada jiwa-jiwa yang seusai tamat membaca catatan saya terasa berminat untuk kembali ke dalam dunia dakwah dan tarbiyah selepas anda mengenali tarbiyah di kolej islam satu masa dahulu. Maka, apalagi, silalah gi cari ikhwah akhowat di tempat anda untuk anda diusrahkan buat kesekian kali.
TAMAT!
Allahumma bariklana wa sallimna fi Ramadhan wa ballighna lailatul qadr.
Ameen.
Moga Allah redha
Fatin Fatini binti Ismadi
17 Ramadan 1434H
KB Muslimat 2011/12
Bekas Biro Fikriyah
Tanzim Jabatan Nuqaba'
Kolej Islam 2012
Aku; Menjadi Sebahagian Beijingers
Aku
Aku serius cemburu pada mereka yang mengajinya di timur tengah
kerana banyaknya ilmu dari kitab yang selalu ditadah
Aku serius cemburu pada mereka yang belajarnya di dalam negara
mobiliti ke sana ke mari senangnya mereka tak usah cerita
Seminar ilmu, konvensyen agama, semua mampu dengan mudahnya ada di merata - rata
Sedang aku?
Masih belajar mencari diri.
Masih berusaha mencintai Rabbul Izzati
Kalau dulu ada yang memberi.
Sekarang?
Aku terpujuk kepada satu ayat daripada Surah ali Imran dalam tilawah dua ramadan yang lalu:
"Wahai tuhan kami.
Maha suci engkau, tidaklah engkau menjadikan segala sesuatu itu sia-sia.
Selamatkanlah kami dari azab bakaran api neraka
:’)
Dan kini
Aku sedang mencari hikmah; bumi Beijing
Bukan apa, dulu dah jumpa.
Tapi biasalah; aku manusia, kena cari lagi dan lagi
*banjir air mata.
Kolej Islam yang aku terlampau rindu.
Allahu. Allah
BFSU
Kamar Cinta 127
260914
Subscribe to:
Comments (Atom)